Kampung Air Hangat
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhR-SkzEqGdlp62sGWmKaVAhj5LixvigkPz5sYl_shWDovLFKYXPC6WT-C50C7FQgbFnd4Tno69g6-J291NSZT7mJJM80oGdJN50UhyphenhyphenYvf5d_WRlLzsurYZCe638-E1SAYbGm4biqf_Hd7B/s1600/imagesCA550QSB.jpg)
Jika para pengunjung ingin menyelami sejarah lagenda di alam realiti kini lawatlah ke Kampung Air Hangat yang mana para pengunjung boleh merasai kolam air hangat yang kononnya terhasil dari perlawanan Mat Cincang dan Mat Raya.Kolam Air Hangat dipercayai dapat menyegarkan minda serta menyihatkan tubuh badan.Selain dari itu, di Kampung Air Hangat ada mempersembahkan beberapa aktiviti kebudayaan antaranya ialah tarian tradisional dan persembahan musikal dari kumpulan tradisonal melayu.Para pengunjung juga boleh mempelajari cara-cara untuk membuat kraftangan yang di ajar oleh pakar.Antaranya ialah seperti melukis batik,menganyam bakul dan membuat kuih-muih tradisional.Untuk merehatkan badan anda lagi ,anda boleh merasai mengurut secara tradisional.Untuk merasai masakan tradisional bolehlah anda mencubanya di Hot Spring Cafe yang dibuka setiap hari pada jam 9pagi hingga 6petang.Sambil anda menikmati hidangan masakan tradisional, anda dihiburkan pula dengan tarian tradisional dari Kumpulan Tarian Kampung Air Hangat.Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa untuk makam malam sahaja. Anda juga boleh membuat tempahan makan disitu.
No comments:
Post a Comment