Pages

Wednesday, July 24, 2013

Pantai Cenang

Pantai Cenang terletak 18.4 kilometer dari pekan Kuah dan ia merupakan lokasi paling ramai dikunjungi kerana segala kemudahan seperti restoran, hotel serta chalet bajet, pusat hiburan dan kedai cenderamata mudah ditemui di sepanjang lokasi ini.Pantainya pula berpasir halus umpama kristal berkerlipan ketika disinari cahaya matahari dan dikelilingi oleh pokok kelapa. 

Pantai Cenang juga terkenal dengan keindahan matahari terbenam dan di sebelah malamnya pula dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, selagi cahaya neon menyala selagi itulah pantai tersebut hidup dengan pelbagai gelagat pengunjung. Pantai ini tidak pernah sunyi dari hari ke hari .  Pelbagai gelagat pengujung yang sering meriahkan pantai cenang ini.  Selain itu, penginapan di Pantai cenang ini sungguh menarik . Contohnya,  Challet dan hotel.  udara di pantai cenang sini juga sangat segar dan nyaman.



No comments:

Post a Comment