Assalamualaikum.., dan salam sejahtera. Selamat datang ke blog kami . Semoga maklumat yang kami kongsi ini dapat memberi faedah kepada anda semua. Semoga terhibur denagan blog kami ini :) Dari kami : #Awang Irwan Zulqarnain Bin Awang Zulfikri #Sabina Seles Ak Garage #Siti Nur Amaliena Bt M.Amary #Cherly Ak Dominic Dilor
Friday, July 26, 2013
Laksa utara versi original dari Langkawi.
Laksa adalah antara makanan tradisonal orang Melayu yang cukup terkenal di serata negara. Setiap negeri ada laksa dengan resepi yang tersendiri. Biasanya ia mempunyai rasa yang berbeza-beza mengikut negeri, daerah dan orang yang memasaknya. Laksa utara versi asal dari Langkawi ini berbeza dengan laksa utara yang biasa. Ikan yang dipilih untuk dijadikan kuah adalah kombinasi daripada dua jenis ikan iaitu ikan temenung (ikan kembung) dan ikan kebasi. Rasanya tak ramai yang mengenali ikan kebasi. Ikan kebasi juga dikenali dengan nama ikan selangat. Jika belum kenal ikan jenis ini, sila buat carian di internet dengan kata carian, ikan kebasi atau ikan selangat. Kuah laksa tidak akan sempurna jika tidak dimasukkan bunga phaeomeria speciosa dan daun persicaria odorata. Ia juga mesti disekalikan dengan beberapa jenis ulaman seperti pucuk ketereh (gajus), mentimun, bawang besar yang dipotong nipis dan lada burung (cili padi atau cabai Melaka). Dan tidak lupa telur ayam rebus.Ini juga salah satu makanan yang akan pelancong cari sekiranya berkunjung ke Pulau Langkawi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment