Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi. pada suatu hari , masturi telah difitnah oleh ibu mertuanya (wan mahura ) sendiri menlakukan hubungan sulit dengan lelaki lain ( deramang) . Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditangkap dan dijatuhi hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri akibat termakan hasutan isterinya itu. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang diseret ke Padang Matsirat (pusat Langkawi ketika itu), untuk dijatuhkan hukuman mati. Mahsuri diikat di sebatang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat pada alang rumahnya. masturi telah bersumpah untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Sewaktu Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana Mahsuri dikebumikan. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau langkawi sehingga kini.
Assalamualaikum.., dan salam sejahtera. Selamat datang ke blog kami . Semoga maklumat yang kami kongsi ini dapat memberi faedah kepada anda semua. Semoga terhibur denagan blog kami ini :) Dari kami : #Awang Irwan Zulqarnain Bin Awang Zulfikri #Sabina Seles Ak Garage #Siti Nur Amaliena Bt M.Amary #Cherly Ak Dominic Dilor
Tuesday, July 23, 2013
Makam Mahsuri Langkawi
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi. pada suatu hari , masturi telah difitnah oleh ibu mertuanya (wan mahura ) sendiri menlakukan hubungan sulit dengan lelaki lain ( deramang) . Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditangkap dan dijatuhi hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri akibat termakan hasutan isterinya itu. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang diseret ke Padang Matsirat (pusat Langkawi ketika itu), untuk dijatuhkan hukuman mati. Mahsuri diikat di sebatang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat pada alang rumahnya. masturi telah bersumpah untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Sewaktu Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana Mahsuri dikebumikan. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau langkawi sehingga kini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment